KUALA LUMPUR: Tone Group memperkenalkan inisiatif terbarunya, Tone
Wow, program pemasaran prabayar mudah alih yang memberi pengguna peluang
menikmati perkhidmatan mudah alih disamping menjana pendapatan pasif.
Melalui
program pemasaran itu, Tone Group menyasarkan tambahan 500,000 ahli
baru untuk produk Tone Wow, ditawarkan melalui rangkaian 4G Plus Digi,
pada hujung tahun 2019.
Ia turut merancang untuk menawarkan pelbagai lagi produk dan inovasi,
serta perkhidmatan dan program pemasaran yang berkaitan untuk
memanfaatkan pengguna mudah alih di Malaysia.
Ketua Pegawai Operasi Tone Group, Robert Chew dalam kenyataannya
berkata pihaknya telah membuktikan menerusi program pemasaran uniknya,
syarikat berjaya menunaikan janji untuk memberi pendapatan pasif bulanan
yang berulang, sekaligus membantu meringankan beban kos sara hidup
ketika ini.
“Ada di kalangan ahli kami telah pun menjadi
usahawan sepenuh masa dengan menjalankan promosi program ini. Secara
ikhlasnya, kami sentiasa berhasrat untuk memberi ahli kami produk mudah
alih yang kompetitif dan servis berkualiti tanpa kompromi.
“Kami percaya produk baru ini akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan kewangan,” katanya.
Tone
Group merupakan pengasas program dengan konsep yang sama di bawah
jenama Tone Excel International Sdn Bhd (Tone Excel) dan Tone Plus Sdn
Bhd (Tone Plus) dan telah bertapak di Malaysia sejak lebih dari 8 tahun.
Pengguna boleh melayari www.tonewow.net untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/10/492553/tone-group-perkenal-program-pemasaran-tone-wow
Buat Duit Melalui Simkad ToneWoW
Powered by Blogger.
Blog
Popular Posts
-
Apa itu Tonewow dan bagaimana anda boleh buat duit dengan Tonewow? Bisnes ini amat simple iaitu anda hanya menjual simkad tonewow sahaja...
-
KUALA LUMPUR: Tone Group memperkenalkan inisiatif terbarunya, Tone Wow, program pemasaran prabayar mudah alih yang memberi pengguna peluang...
-
Liputan WOW kami Beroperasi menggunakan infrastruktur Digi Telekomunikasi , pelan mudah alih kami mampu memberi anda sambungan 4G y...
Copyright © 2015 ToneWOW Simkad - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia

